Sunday, August 14, 2016

Raya Aidilfitri 2016

Dah habis syawal baru la nak post pasal raya. Tahun ni 2016 beraya di Pekan. Yeah 1 Syawal with my family. Tapi raya ke3 dah balik Johor. 
Alhamdulilah masih dapat beraya di kedua belah family. 
Cuma tahun ni gambar raya sebelah Johor tak de.

Kebetulan tahun ni dapat bercuti awal di kampung yang mana awal perancangan abah
akan menjalani pembedahan lutut di HTAA tapi terpaksa ditangguhkan.

Bila dah duduk kg lama sure la macam2 aktiviti dilakukan. Kemas rumah, setiap hari redah bazar ramadhan. Bila di kampung mula lah request makanan yang sedap2 bila berbuka. Macam mana tak semangat badan nya.

Untuk persediaan raya Mak la insan yang paling sibuk. Mak menyiapkan tempahan bahulu. Memang mencecah ribuan biji bahulu la. Nasib baik peralatan mencukupi. Oven besar. Pemukul telur besar. Memudahkan kerja.


Ketupat palas antara menu di pagi raya. Menu ni tak miss bagi keluarga kami. Wajib ada. 


Lemang. Selalunya setiap kali kami pulang ke Pekan memang wajib ada lemang sebab kami 
yang rajin nak layan lemang2 ni sampai masak. Yang lain hangat2 tahi ayam. hahaahhaa....


Tadaaaa...

Ini la gambar raya kami sekeluarga. Sebenarnya tak cukup lagi ni. Jan tak dapat bersama di hari raya pertama. Maybe raya haji nanti boleh ambik gambar ramai-ramai. 



Semoga tahun depan kita dapat bertemu ramadhan dan syawal lagi. InshaAllah

Bye...

No comments: