Monday, May 21, 2012

Kad Jemputan Perkahwinan

Assalamualaikum.

Pada hari ahad lepas, Fid dan Encik Tunang plan nak pergi usya kad jemputan untuk majlis perkahwinan kami yang akan berlangsung 3 bulan lagi. Mengikut cerita rakan-rakan, kad jemputan perkahwinan murah dan banyak pilihan di Jalan Pudu. So berpandukan internet dan papago kami mencari arah tuju ke Jalan Pudu. Menurut maklumat yang didapati dalam internet, kami mula tertarik ingin mengunjungi ke LH Creative Concept Sdn. Bhd

Sampai di Jalan Pudu, Fid dapati semua kedai yang terdapat di situ tutup memandangkan kami pergi pada hari ahad dan semestinya kebanyakkan premis tutup. Sememangnya terdapat begitu banyak kedai pencetakkan terdapat di kawasan itu. Melilau mata kami mencari signboard kedai "LH Creative Concept Sdn Bhd" tersebut. Menurut alamat yang diberi kedai tersebut berada di Jalan Brunei Selatan. Apabila melalui jalan tersebut, kami dapati tiada nama kedai tersebut ditemui. Sebenarnya terselit sedikit perasaan hampa kerana tidak berpeluang survey untuk kad jemputan kami. Namun  selepas 5minit berada di kawasan tersebut kami ternampak beberapa kedai kecil yang menyediakan penempahan kad jemputan. So kami mula la mencari parking dan tidak jauh dari kami berada hanya ada satu parking kosong. Cepat-cepat kami park kereta di situ takut diambil orang.

Semasa kami hendak keluar dari kereta kami dapati kami berada betul-betul di hadapan kedai "LH Creative Concept Sdn Bhd" yang di cari. Puas mencari rupanya berada di depan mata. 

Sesampai nya di kedai tersebut, kami diminta untuk memilih beberapa kad jemputan dan kemudian nya baru la boleh mengetahui harga setiap kad yang dipilih. Proses ini memudahkan pihak kami membuat pilihan mengikut citarasa dan baget kami. Agak lama juga la kami membelek kad-kad yang disediakan di dalam box di kedai tersebut. Terlalu banyak pilihan dan rekaan yang menambat hati. Akhir nya selepas memilih dan bertanya kan harga, kami sepakat memilih kad yang begitu simple, klasik dan yang paling penting tiada gambar kartun. Hhihhihi... Serius Fid sememang nya tidak mahu meletakkan karektor kartun untuk kad jemputan walimatul urus kami. Pada pendapat Fid, Majlis yang mulia tak sesuai untuk meletakkan unsur kartun.

Setelah confirm memilih kad, tiba-tiba pekerja di kedai tu memberi borang untuk tempahan kad. Kami pun tanpa berfikir panjang terus menempah kad tersebut. Hati dah berkenan  maka proceed aje la. Niat datang ke kedai hanya untuk survey kad jemputan akhir nya niat untuk menempah. hahahaha.... Selepas mengisi borang yang disediakan, membayar deposit, confirmkan design dan color.

Seterusnya kami diminta memilih design sampul kad jemputan tersebut. Encik Tunang menggeleng kepala sebab ketelitian Fid memilih sampul kad melebih ketelitian Fid memilih kad itu sendiri. Hihihhi... Akhirnya process pemilihan sampul kad selesai. Peta ke rumah kedua belah pihak akan diemailkan pada minggu depan insyaAllah. Sekarang pun kami tak berkesempatan untuk melakar peta masing-masing. Minggu ni terlalu banyak komitment kije dan Encik Tunang terlalu busy dengan kije harian nya dan kije partime nya sebagai nya Photographer.  Kami kuar dari kedai tu dengan perasaan yang puas hati dan gembira kerana satu perkara telah dapat disettlekan dengan lancar nya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah kad undangan boleh la mengunjungi ke alamat di bawah. Layanan dari pekerja nya juga amat disenangi.Ini website nya http://www.lh-creative.com.my/.

Peta dan alamat

*Tidak berkesempatan untuk mengambil gambar design kad dan semasa pemilihan kad.

No comments: