Wednesday, November 5, 2008

Cintaku...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan , fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

Mohd Asytar Zikri


Ni budak comel yang aku paling mak ngah cayang.. muah.. nama nye mohd asytar zikri. Mula2 dengar macam pelik aje bunyi... hihihihi.. nama ni lecturer akak aku yang kasi... mane la thu dapat berkat kot2 nnti dah beso boleh jadi lecturer gak...

Budak comel ni paling suka gigit jari nye sendiri. Umur baru 3 bulan dah makan nestum kadang2 kuih yang lembut2. Asyik lapo aje die. cian lak terpakse la kasi gak. Time lahir xcukup umur tp bile dah 3 bulan badan nye same beso dengan bayi yang umur 7 bulan.. hahaha... Budak bucuk ni xtakut dengan sesape pun. Sape yang nak dukung pun boleh. kalo die nangis aku dengan selamber nye kasi die tgk cite Barbie... hahahaha sesuai ke lelaki tgk cite 2?? Tp aku tengok die layan aje siap tergelak2 tp xthu la die faham ke tidak cite 2.

Next semester ni asytar kene tinggal kat kampung dengan nenek coz mama kene continue study lak and papa keje kat Penang. Cian die kene tinggal kat kampung.. Nampak nye selalu la aku ni balik pahang tuk semester depan. hahaha...sem depan ambik 2 subjek aje. So cepat aje la kaki aku ni nk nek bas Maraliner 2 ke Pahang... hihihihhi...

TeSt CaMeRa


Hahaha... ari ini malas nk study gis lagi.. subjek 2 memang aku susah sikit nak faham. Entah ape kepala aku ni susah benor nk msuk dgn subjek 2. xtahu la ape aku nk jawab nnti. Dah lama exam nye pagi. Tengah boring2 sempat aku tangkap gambar meja study aku.. hahaha tempat yang selalu aku guna tuk wat assignment n study... susun atur board 2 pun entah ape2.. hihihihi... aku ni xpandai nk susun cantik tp janji menarik... kalo ade kamera pada aku cepat aje aku nk tangkap gambar benda2 yang xberfaedah. Jan tinggal kan camera die kat aku, sume tempat la aku tangkap gambar... hahaha.... Perangai suka menangkap gambar ni aku berjangkit dengan ................ :-) . Budak bucuk yang paling aku cayang.