Wednesday, November 5, 2008

Cintaku...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan , fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

Mohd Asytar Zikri


Ni budak comel yang aku paling mak ngah cayang.. muah.. nama nye mohd asytar zikri. Mula2 dengar macam pelik aje bunyi... hihihihi.. nama ni lecturer akak aku yang kasi... mane la thu dapat berkat kot2 nnti dah beso boleh jadi lecturer gak...

Budak comel ni paling suka gigit jari nye sendiri. Umur baru 3 bulan dah makan nestum kadang2 kuih yang lembut2. Asyik lapo aje die. cian lak terpakse la kasi gak. Time lahir xcukup umur tp bile dah 3 bulan badan nye same beso dengan bayi yang umur 7 bulan.. hahaha... Budak bucuk ni xtakut dengan sesape pun. Sape yang nak dukung pun boleh. kalo die nangis aku dengan selamber nye kasi die tgk cite Barbie... hahahaha sesuai ke lelaki tgk cite 2?? Tp aku tengok die layan aje siap tergelak2 tp xthu la die faham ke tidak cite 2.

Next semester ni asytar kene tinggal kat kampung dengan nenek coz mama kene continue study lak and papa keje kat Penang. Cian die kene tinggal kat kampung.. Nampak nye selalu la aku ni balik pahang tuk semester depan. hahaha...sem depan ambik 2 subjek aje. So cepat aje la kaki aku ni nk nek bas Maraliner 2 ke Pahang... hihihihhi...

TeSt CaMeRa


Hahaha... ari ini malas nk study gis lagi.. subjek 2 memang aku susah sikit nak faham. Entah ape kepala aku ni susah benor nk msuk dgn subjek 2. xtahu la ape aku nk jawab nnti. Dah lama exam nye pagi. Tengah boring2 sempat aku tangkap gambar meja study aku.. hahaha tempat yang selalu aku guna tuk wat assignment n study... susun atur board 2 pun entah ape2.. hihihihi... aku ni xpandai nk susun cantik tp janji menarik... kalo ade kamera pada aku cepat aje aku nk tangkap gambar benda2 yang xberfaedah. Jan tinggal kan camera die kat aku, sume tempat la aku tangkap gambar... hahaha.... Perangai suka menangkap gambar ni aku berjangkit dengan ................ :-) . Budak bucuk yang paling aku cayang.

Wednesday, October 29, 2008

aKHir NYe....

Akhir nye berakhir gak penyeksaan bagi aku selepas presentation Bengkel2 dan Database Security berlalu. Lega nye.. So sekarang mase nye untuk aku study untuk exam final.. Semoga exam kali ini membawa kejayaan kepada aku.. Ni first time study week aku xblik umah. Kalo xtiap2 tahun aku blik. Windu kat mak, abah, rodi, aishah n sume la.. hihihi (ramai sangt nk sebut).

Baru2 ni, Open house kat umh sendiri, aku xblik pun. Sedih lak dgr suara mak kat phone mak yang bertanyakan nape angah x blik. Nak Blik cam ner mak, kalo bengkel angah xsiap lagi.. maaf mak... pas exam GIS angah blik ek seminggu sebagai hadiah wat mak.. hihihiihi.. Muah sayang mak... ( mengalahkan anak bongsu la aku ni)...

Ari 2 blik tuk ambik exam muet, mak mcm sedih aje coz aku blik xsampai sehari duk kat umah. Nak wat cam mn mak coz time 2 angah ada kelas lagi... 7hb ni angah janji angah cuti seminggu duk umah.. hihhiihi...

oPeN HouSe

Hari ahad bru ni kiteorang satu umah sempat p umah nadia kat seremban coz ada umah terbuka hari raya. bertolak dari umah dalam kul 2 ptg. Datang umah orang membawa perut yang lapo. Alamak abis la makanan umah nadia kami baloi.. hahahaha

Muka lapo.. bru sampai..

Majlis bermula kul 4.30 petang iaitu selepas solat asar. Macam2 makanan yang ada seperti roti jala, lemang, rendang, laksa penang, bihun goreng dan macam2 lagi la...

makanan sedap

sume ngah selera makan tanpa pandang kiri kanan


Abis sume kiteorg dah makan

kiteorg blik around kul 6.30 pas solat asar. Kene blik awal coz masing2 masih tak siapkan Projek Bengkel 2 lagi... huhuhuhu...


sempat berposing bersame tuan rumah

Thank you wat nadia kerana mengundang aku dan kekawan datang perabiskan makanan kat open house umah ko... muah...

Tuesday, October 14, 2008

Sedih...

Hari ini aku rase sedih. entah nape???
Ish aku ni hari ini pose pun masih nak sedih2.
Time aku pose ni la UTeM nk wat majlis rumah terbuka
tak suka.. tak suka..
time aku sedih2 ni xmo layan sesiapa. Menci!!!
Mcm nk nangis pun ada
(tabahkan diri fid hahaha..)
windu kat mak dan abah kot
atau ada sebab len.. hihihihi lu pikir la sendiri
xsabo nk blik
Pasni xmo sedih2 'aku kan ada mak abah'
penghibur hati aku ni
hihhihihi

Monday, October 13, 2008

PReSentAtion GIS

...Posing sebelum present..

Hari adalah hari yang paling penat.

Hari ini kene present GIS dan BengkelII dalam satu hari.

Present GIS kul 9 kat Makmal Executive.

Kiteorg dah la group yang ke8 kene present.

Setiap group present 1jam. Lame Gile tunggu.
Menci!!!

Tunggu punya tunggu Last2 group 6,7,8 dan 9 kene present kul 2.30 sebab xsempat nk present sebelum lunch. :-(



Kul 2 ptang kene present BengkelII.

Present MYSQL on LINUX.

Nasib bek la presentation tu berjalan lancar.

Presentation linux abis kul 3.30. sempat nk present GIS.

Kiteorg terpakse berlari ke Makmal Executive tuk sambung present GIS.

penat tul.Dah la perut ni xmakan ape2 dari pagi.


Presentation GIS abis kul 5.15petang.

Tp presentation GIS hampeh tul.

Prof Nanna pun mcm dah penat nk dgr presentation sebelah petang.

Kiteorg lak nak cepat abis presentation.

Ada lagi dua presentation yang menanti.

Sok kene present Hubungan Etnik la.

Mintak2 la presentation sok berjalan dengan lancar.

Presentation Database Security xtahu lagi bile nk dipresent.

Tunggu arahan aje. hihhihi...

Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008


Hari raya tahun ni lebih seronok dari tahun lepas2. hahaha.. Tahun ni first time aku menyambut hari raye dengan kehadiran anak saudaraku yang comei, mohd asytar zikri. Anak saudara mak ngah yang paling mak ngah cayang. Raye pertama aku duk umah aje melayan tetamu. Raya kedua aku gi beraya seluruh kampung tp sorang kawan pun aku xjumpa. wawawawa sedih.. time2 ni la kiteorg dapat jumpe tp kebanyakkan diorg gi blik kampung nenek diorang. Raya tahun ni juga ramai saudara mara datang umah. Pakcik saudara yang duduk kat sabah pun datang. Seronok tul sebab boleh pau duit raya. Budak2 yang masih study lagi memang patut dapat duit raya. Hahaha..

(walo pun umur dah tua tp yang penting xbekerja lagi)

Tp yang paling sedih nye dah hampir 7 tahun aku xdapat berhari raya dengan kehadiran nenek tersayang. Kalo dulu mase arwah masih idup, aku la cucu yang paling banyak dapat duit raya. hahaha.. cucu kesayaangan katakan. Lagi satu menda yang paling sedih ialah ari raya ke 4 dah kena balik melaka. rase nak sambung cuti lagi tp nk wat cam mn terpaksa. wawawawawa..:-( tp yang penting aku happy sambut raye tahun ni.... :-)

Wednesday, September 24, 2008

Hari yang menguji kesabaran aku..



Hari ini aku ngan dak umah p kuar berbuka di luar. First destinasi kedai tuk berbuka ialah kedai mohd aini. Time lalu dapat kedai tu kiteorg nmpak ade table kosong tp bile kuar dari kete tempat tu dah kene ambik org. Hampeh and Sedih. Dengan muka poyo kiteorg terpakse la masuk kete semula n cari kedai len. Plan B kiteorg nk p kedai 'abang aswad' ( hahaahha 2 gelaran kami pada kedai Husna).

Tp time lalu kat kedai sampan, kiteorg tgk org xramai, so kami belasah aje singgah kat citu. xjdi nk p kedai abang aswad. :-( Time kami sampai kedai sampan tu dah ramai org mase 2 dah kul 7ptg. Kira2 kul 8 bru la kiteorg dapat makan.

Muka masing2 sume monyok aje coz makanan lambat sampai. Dah la aku order nasi goreng cendawan, diorg bagi nasi goreng cina. Belasah aje sebab perut dah lapo. Pas makan kiteorg p shoping kat melaka mall lak shoping raya. Aku xbeli ape2 pun just jalan2 cari pasal.Kami sampai umah kul 10.30mlm.

Friday, September 19, 2008

First Post :-)

Hari ini baru berpeluang nak post something kat page ni

padahal blog in baru diwujudkan semalam

bersamaan 19 september 2008 hahahahaha...

hmmm... kira2 11 hari lagi kite nk raya

wow seronok siot..

(bile time raya happy time pose???)

sabo rase nya nk blik kampung.

lalaalalalala